Only the best wins twice!!
Kebanyakan rakyat Malaysia tidak mempunyai jaminan kewangan..Yang berusia 20-an berfikir mereka terlalu muda untuk memikirkannya...manakala..yang berusia 30-an dan 40-an percaya bahawa mereka sudah cukup dengan hanya simpanan KWSP..TETAPI...bila sudah mencecah 55 tahun, semuanya sudah terlambat!!
Saya mengambil contoh suatu perkongsian ketika mengikuti kursus perancangan kewangan, penceramah memberitahu bahawa Perancangan Kewangan itu haruslah dimulai semasa usia muda.. Lagi muda, lagi bagus.. kerana nilai risiko pada umur muda amat rendah berbanding dengan mereka yang telah meningkat usianya. Contohnya. perbezaan nilai perlindungan dalam Takaful: Untuk mendapatkan nilai perlindungan RM100K bagi mereka yang berumur 20 tahun hanya perlu menyumbang sebanyak RM100 sebulan sahaja berbanding mereka yang berumur 40 tahun terpaksa menyumbang sebanyak RM400 sebulan untuk mendapatkan nilai yang sama.. bukankah untung bagi mereka yang muda? Jadi mengapa harus berkata TIDAK?
Sesetengah orang mengatakan bahawa lebih baik mereka melaburkan wang mereka daripada menyimpan dalam tabung perlindungan dengan alasan lebih menguntungkan dan tetapi sebenarnya masih ramai yang masih "confused" mengenai perbezaan perlindungan dan pelaburan..
Perlindungan adalah pengalihkan risiko diri kepada pihak ketiga. Risiko yang dimaksudkan disini ialah Kematian, Hilang Upaya dan Sakit Kritikal.. Sekiranya berlaku risiko yang disebut tadi maka dari mana sumber yang dapat membantu anda? Keluarga? Kawan-kawan? Atau minta simpati orang ramai atau merayu kepada pihak2 berkaitan? Belum tentu mereka dapat bantu… Kawan ketawa senang dicari tetapi bila musibah menimpah kawan ketawa hilang entah ke mana..Kesian..Berapa sangat la yang dapat mereka bantu kerana mereka juga mempunyai komitmen sendiri..Disinilah kepentingan Takaful itu membantu kita..Perlaburan yang bijak ialah sekiranya kita mempunyai lebihan dari simpanan, barulah kita mempelbagaikan simpanan kita itu dengan mengasingkan sedikit di dalam tabung perlindungan dan sebahagian lagi di dalam tabung pelaburan..
Kenapa perlu ada pelan perlindungan???
1. Untuk melindungi pendapatan keluarga
Bagi kebanyakan keluarga, kesinambungan pendapatan adalah bergantung kepada kehidupan
dan kesihatan pencari nafkah. Pelan perlindungan yang secukupnya menjamin pendapatan
keluarga dalam apa jua keadaan.
2. Perlindungan kewangan ketika hilang upaya
Sekiranya pencari nafkah hilang upaya, pelan perlindungan memastikan keperluan keluarga tidak
terjejas.
3. Suatu pelan untuk pendidikan anak - anak
Semua ibubapa mempunyai impian yang tinggi terhadap masa depan anak - anak mereka.
Pelan perlindungan menjadikan impian itu suatu kenyataan.
4. Suatu tabung persaraan
Semua orang yang bekerja mengharapkan suatu persaraan yang membahagiakan. Pelan perlindungan adalah langkah praktikal ke arah matlamat tersebut.
5. Suatu pelan perubatan/kesihatan
Kebanyakan orang merungut mengenai peningkatan kos bagi penjanaan kesihatan. Orang
yang bijak mengunakan pelan perlindungan untuk meringankan beban perbelanjaan perubatan/
kesihatan yang tinggi.
6. Suatu ukuran nilai diri
Ramai yang tidak pasti akan nilai diri mereka. Pelan perlindungan membolehkan anda
menghebahkan pada dunia akan nilai sebenar diri anda.
7. Sebagai pemberian untuk yang tersayang
Tidak seperti pemberian yang lain, pelan perlindungan adalah pemberian yang berharga dan
kekal sepanjang hayat.
Di Barat, pelan perlindungan memainkan peranan penting dalam kehidupan masyarakatnya. Tetapi, di rantau ini khususnya Malaysia, masyarakat sering kali memberi pelbagai alasan bagi mengelak daripada menyertai pelan perlindungan yang ditawarkan.
wanita khususnya yang sudah memulakan kerjaya, perlu mempunyai pelan perlindungan untuk perlindungan diri sepanjang hayat bagi memastikan masa depan terjamin.
Bagaimanapun kebanyakan wanita sering berfikiran mereka tidak perlu mempunyai pelan perlindungab kerana pembayaran yang dilakukan satu pembaziran memandangkan usia yang masih muda..
“Pemikiran seperti ini perlu diubah, terutama zaman sekarang yang penuh dengan cabaran. Letakkan perumpamaan ‘malang tidak berbau’ dan ‘sediakan payung sebelum hujan’ adalah cara terbaik berfikir. Selain itu, pendidikan juga amat penting dalam memberi pengetahuan mengenai kepentingan pelan perlindungan bagi wanita.
Kajian sebelum ini mendapati punca utama kematian wanita di negara ini ialah penyakit jantung, strok dan barah. Sepanjang 2002 saja, sebanyak lebih 45,000 pesakit dikesan menghidap barah dan ia dikesan semakin meningkat dari lima peratus kepada 10 peratus setiap tahun atau satu daripada 500,000 populasi penduduk wanita negara ini yang menghidap barah. Sehubungan itu, katanya, adalah wajar bagi wanita melakukan persediaan supaya dapat memastikan kehidupan masa depan dilindungi sebaik mungkin.
Kita juga tidak boleh mengatakan tidak akan diserang penyakit kronik mahupun terbabit dalam sebarang kemalangan. Faktor itu perlu dikikis daripada minda, apalagi rawatan disediakan untuk kes tertentu seperti penyakit kronik memerlukan perbelanjaan yang tinggi.
10 alasan masyarakat tidak membeli pelan perlindungan:-
1) Saya tiada duit.
2) Saya tidak percaya pada ejen insuran.
3) Saya tidak percaya dengan syarikat insuran.
4) Saya ada cara lain untuk menanggung perlindungan dan simpanan.
5) Saya sudah menyertainya melalui tempat kerja.
6) Saya terlalu muda untuk memiliki pelan perlindungan.
7) Saya tiada sesiapa untuk dilindungi.
8) Saya tiada cukup masa untuk membeli pelan perlindungan.
9) Saya terpaksa berhenti merokok sebelum membeli pelan perlindungan.
10) Saya tidak percaya dengan syarikat berkenaan.